Tuesday 25 October 2011

BAB 3: PERBANDINGAN ANTARA NEGARA CHINA DAN INDIA

  1. SEKTOR AWAM
CHINA: Pada 10 tahun yang lepas, negara China telah memperkenalkan sistem cukai yang mana sistemnya agak rumit. Antara cukai yang di perkenalkan adalah cukai pembandaran, cukai sempadan wilayah, dan duti eksais, Dengan mengenakan cukai tambahan kepada barang-barang pembuatan, negara China telah mengaut keuntungan yang agak tinggi.

INDIA: Negara india turut mengenakan cukai tambahan ke atas barang-barang pembuatan. Namun usaha tersebut gagal di laksanakan. Ini mungkin di sebabkan oleh faktor rasuah pada ketika itu

    2.  SEKTOR SWASTA

INDIA: Dalam sektor swasta, negara India lebih bagus dari negara China. Walaupun syarikat-syarikat India tidak setanding dan setaraf dengan syarikat Amerika atau Jepun, di sebabkan oleh pasaran india yang bersifat semi tertutup. Namun, sebahagiannya ada yang bertaraf dunia. Antaranya ialah Tata Consultancy Services, Infosys, dan Wipro. Kini, syarikat multinasional India turut mengambil alih syarikat-syarikat Barat untuk masuk ke negara India.

CHINA: Bagi negara China, mereka belum lagi membina syarikat-syarikat bertaraf dunia, ini di sebabkan oleh penipuan korporat yang sangat tinggi di negara China.


Kesimpulannya, kedua-dua negara menyedari bahawa mereka perlu belajar di antara satu sama lain. Mereka harus mengkaji pengalaman yang telah diterima dan diperbaharui semula bagi meningkatkan lagi pembangunan negara

No comments:

Post a Comment