Sunday 18 December 2011

Bab 7: Faktor-faktor negara Cina menjadi negara maju.


Banyak faktor–faktor yang mendorong perkembangan ekonomi  Negara China sehingga boleh menjadi seperti sekarang ini, di mana dengan pertumbuhan ekonomi rata-rata di atas 7% setiap tahun telah membawa China sebagai salah satu gergasi ekonomi dunia. Faktor kadar pertukaran mata wang sudah pasti bukanlah satu-satunya penyebab produk-produk negara dengan penduduk terbesar di dunia ini mampu berjaya menguasai pasaran dunia. 


Negara China begitu produktif dalam menghasilkan produk-produk berkualiti yang sangat di terima oleh pasaran dunia. Ternyata selain dari segi aliran modal asing dan teknologi tinggi, peranan Usaha Kecil dan Menengah (UKM) dan perniagaan swasta kawasan yang di sebut sebagai Township and Village Enterprises (TVEs) merupakan faktor pemyumbang kepada aktiviti pengeksportan. Sumbangan TVEs memang tidak dapat dilupakan dan ia merupakan perkembangan dari industri luar bandar yang di galakkan oleh kerajaan China. Jika pada tahun 1960, jumlahnya hanya sekitar 117 ribu dan semenjak reformasi pada tahun 1978, jumlahnya mengalami pertumbuhan hebat menjadi 152 juta dan pada akhir tahun 1990-an ia mampu menampung separuh tenaga kerja di luar bandar Cina.



Selain itu, tidak ketinggalan perkembangan infrastruktur yang menjadi faktor utama untuk memacu eksport yang di sediakan oleh kerajaan China. Pada tahun 1978, panjang jalan raya adalah sepanjang 89200 km dan pada tahun 2002 meningkat kepada 170000 km. untuk pelabuhan pula, kerajaan China mempunyai 3800 pelabuhan angkut, yang mana 300 di antaranya boleh menerima kapal berkapasiti 10000 MT. Sementara untuk keperluan tenaga elektrik pada tahun 2001 sahaja sahaja China telah mampu menyediakan sebanyak 1478 trilion kwh, dan saat ini telah di lakukan persiapan untuk membina PLTA terbesar di dunia yang di rancang sudah boleh di gunakan pada tahun 2009.

Tuesday 13 December 2011

BAB 6: EKONOMI NEGARA INDIA


Pertumbuhan ekonomi India  menunjukkan  sebanyak 8,0%  yang mana terjadi setelah tahun 2002. Pertumbuhan  secara konsisten ini di sebabkan oleh faktor perkembangan sektornya dan reformasi ekonomi yang telah dilakukan sejak tahun 1984 lagi.

Tahun
Pertumbuhan Ekonomi (%)
1985
4,5
1986
4,1
1987
3,6
1988
10,1
1989
6,7
2000
4,0
2001
5,9
2002
3,9
2003
8,6
2004
7,6
2005
8,2
2006
9,1

  Sumber: Economywatch.com


Bab 5: EKONOMI NEGARA CHINA


Sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, ekonomi China telah berkembng agak pesat. Lebih-lebih sejak dasar pembaharuan dan buka pintu dijalankan pada tahun 1978, ekonomi China berkembang maju secara berterusan dan sihat dengan kelajuan lebih 9% setiap tahun. Pada tahun 2003, Keluaran Dalam Negara Kasar China sebanyak 140 bilion dolar Amerika, jumlah keseluruhan ekonomi di belakang Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Britain dan Ferancis, menduduki tempat ke-6 di dunia. Sehingga hujung tahun 2003, KDNK perkapita China sudah melebihi 1000 dolar Amerika.

Pada masa ini, keadaan pelaburan dan penggunaan di dalam negara China sangat baik. Pada tahun 2003, pelaburan aset tetap seluruh masyarakat China sebanyak 550 bilion Yuan Renminbi. Jumlah jualan runcit barang konsumsi seluruh masyarakat mencatat hampir 460 bilion Yuan Renminbi. Jumlah perdagangan dengan luar berjumlah lebih 85 bilion dolar Amerika, melebihi Britain dan Ferancis dan hanya di belakang Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun, menduduki tempat ke-4 di dunia. Setakat hujung tahun 2003, rizab wang asing China sudah melebihi 40 bilion dolar Amerika, hanya di belakang Jepun dan menduduki tempat ke-2 di dunia.

Friday 9 December 2011

Bab 4: Negara China lebih kehadapan berbanding Negara India.

Negara China

Negara Asia Timur yang memiliki penduduk yang paling ramai di dunia iaitu lebih 1300 juta orang penduduk. Sejak pembaharuan ekonomi berasaskan pasaran di perkenalkan pada tahu 1978, China telah menjadi sebuah ekonomi utama yang paling cepat bertumbuh di dunia. Negara China merupakan pengeksport terbesar dan pengimport kedua terbesar untuk segala barang dagangan. Pengindustrian pesat telah membenamkan kadar kemiskinannya dari 53 peratus pada tahun 1981 kepada 8 peratus pada tahun 2001. 
   
Ekonomi
Negara China mengamalkan ekonomi perancangan pusat sebelum beralih kepada ekonomi campuran. Kerajaan China telah menggalakkan kegiatan pelbagai perusahan kecil-kecilan sambil melonggarkan kawalan harga serta mengundang pelaburan dari luar negara. Kesannya, kini Negara China telah memiliki KDNK nominal ketiga terbesar di dunia pada 33.54 trilion yuan (AS$4.91 trilion). Kejayaan ini di sumbangkan oleh sector perkilangan berkos rendah, hasil gabungan buruh murah, prasana bermutu, teknologi dan kemahiran bertahap sederhana, gaya pengeluaran agak tinggi, dan dasar kerajaan yang menggalakkan.

Negara India