Tuesday 13 December 2011

BAB 6: EKONOMI NEGARA INDIA


Pertumbuhan ekonomi India  menunjukkan  sebanyak 8,0%  yang mana terjadi setelah tahun 2002. Pertumbuhan  secara konsisten ini di sebabkan oleh faktor perkembangan sektornya dan reformasi ekonomi yang telah dilakukan sejak tahun 1984 lagi.

Tahun
Pertumbuhan Ekonomi (%)
1985
4,5
1986
4,1
1987
3,6
1988
10,1
1989
6,7
2000
4,0
2001
5,9
2002
3,9
2003
8,6
2004
7,6
2005
8,2
2006
9,1

  Sumber: Economywatch.com


Pada tahun 2006 pertumbuhan ekonomi sebanyak 9,1 % diikuti oleh pertumbuhan sektor industri sebanyak 10,5 %, sektor perkhidmatan, seperti hotel, restoran dan pengangkutan adalah sebanyak 10,7 %, sektor pertanian sebanyak 1,7 % dan sektor infrastruktur sebanyak 7,8 %. Walaupun pertumbuhannya lebih rendah daripada sektor industri, pertumbuhan sektor pertanian dapat menampung pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan melalui hasil produk pertanian yang  meningkat.

Pertumbuhan ekonomi yang secara konsisten berlaku sejak tahun 2003 juga di sebabkan  oleh adanya langkah liberalisasi sejak tahun 1984. Sebelum tahun 1984,polisi ekonomi India didominasi oleh pembangunan industri  import yang memerlukan banyak polisi perlindungan atas industri dalam negeri melalui pelbagai polisi. Pada tahun 1991berlaku jurang pelaburan dalam negeri iaitu  tabungan dalam negeri yang semakin besar, maka Perdana Menteri RarashimaRao (dari Bharatiya Janata Party) mengambil langkah-langkah liberalisasi yang jauh lebih bagus lagi dengan  mengecualikan polisi  dan membuka pintu untuk pelaburan asing. Langkah-langkah inilah merupakan permulaan ekonomi India "go global" yang kesannya dapat di lihat sehingga kini.



No comments:

Post a Comment