Friday 9 December 2011

Bab 4: Negara China lebih kehadapan berbanding Negara India.

Negara China

Negara Asia Timur yang memiliki penduduk yang paling ramai di dunia iaitu lebih 1300 juta orang penduduk. Sejak pembaharuan ekonomi berasaskan pasaran di perkenalkan pada tahu 1978, China telah menjadi sebuah ekonomi utama yang paling cepat bertumbuh di dunia. Negara China merupakan pengeksport terbesar dan pengimport kedua terbesar untuk segala barang dagangan. Pengindustrian pesat telah membenamkan kadar kemiskinannya dari 53 peratus pada tahun 1981 kepada 8 peratus pada tahun 2001. 
   
Ekonomi
Negara China mengamalkan ekonomi perancangan pusat sebelum beralih kepada ekonomi campuran. Kerajaan China telah menggalakkan kegiatan pelbagai perusahan kecil-kecilan sambil melonggarkan kawalan harga serta mengundang pelaburan dari luar negara. Kesannya, kini Negara China telah memiliki KDNK nominal ketiga terbesar di dunia pada 33.54 trilion yuan (AS$4.91 trilion). Kejayaan ini di sumbangkan oleh sector perkilangan berkos rendah, hasil gabungan buruh murah, prasana bermutu, teknologi dan kemahiran bertahap sederhana, gaya pengeluaran agak tinggi, dan dasar kerajaan yang menggalakkan.

Negara India


Negara India yang terletak di Asia Selatan iaitu nmerupakan Negara terpadat penduduk dengan memiliki seribu juta penduduk dan lebih seratus bahasa berlainan. Ekonomi India adalah ke empat terbesar di dunia.

Ekonomi
India berpegang teguh pada pendekatan sosialisme separa dengan kawalan ketat terhadap penyertaan sector swasta, perdagangan asing dan pelaburan langsung asing. Namun sejak tahun 1991, India membuka pasarannya secara beransur- ansur melalui pembaharuan ekonomi dan mengurangkan kawalan kerajaan terhadap perdagangan dan pelaburan asing. Hasilnya, peningkatan KDNK sebanyak 9.4 peratus sepanjang tahun 2006 hingga 2007 dan ekonomi India telah menjadi antara yang paling berkembang pesat di dunia.

2 comments:

  1. salam...nice info..pndduk yg rmai mnyumbng kpd ekonmi ssbuah ngara...jd, ngara china lbh brkmbg drpd india...keep it up...:-)

    ReplyDelete
  2. salam.thanks your comment. em btol la.penduduk yg ramai membntu pkmbgn ssbh negara..sebb itu kerajaan Malaysia telah menetapkan untuk mencapai jumlah penduduk 7o juta pada tahun 2020.

    ReplyDelete