Sunday 18 December 2011

Bab 7: Faktor-faktor negara Cina menjadi negara maju.


Banyak faktor–faktor yang mendorong perkembangan ekonomi  Negara China sehingga boleh menjadi seperti sekarang ini, di mana dengan pertumbuhan ekonomi rata-rata di atas 7% setiap tahun telah membawa China sebagai salah satu gergasi ekonomi dunia. Faktor kadar pertukaran mata wang sudah pasti bukanlah satu-satunya penyebab produk-produk negara dengan penduduk terbesar di dunia ini mampu berjaya menguasai pasaran dunia. 


Negara China begitu produktif dalam menghasilkan produk-produk berkualiti yang sangat di terima oleh pasaran dunia. Ternyata selain dari segi aliran modal asing dan teknologi tinggi, peranan Usaha Kecil dan Menengah (UKM) dan perniagaan swasta kawasan yang di sebut sebagai Township and Village Enterprises (TVEs) merupakan faktor pemyumbang kepada aktiviti pengeksportan. Sumbangan TVEs memang tidak dapat dilupakan dan ia merupakan perkembangan dari industri luar bandar yang di galakkan oleh kerajaan China. Jika pada tahun 1960, jumlahnya hanya sekitar 117 ribu dan semenjak reformasi pada tahun 1978, jumlahnya mengalami pertumbuhan hebat menjadi 152 juta dan pada akhir tahun 1990-an ia mampu menampung separuh tenaga kerja di luar bandar Cina.



Selain itu, tidak ketinggalan perkembangan infrastruktur yang menjadi faktor utama untuk memacu eksport yang di sediakan oleh kerajaan China. Pada tahun 1978, panjang jalan raya adalah sepanjang 89200 km dan pada tahun 2002 meningkat kepada 170000 km. untuk pelabuhan pula, kerajaan China mempunyai 3800 pelabuhan angkut, yang mana 300 di antaranya boleh menerima kapal berkapasiti 10000 MT. Sementara untuk keperluan tenaga elektrik pada tahun 2001 sahaja sahaja China telah mampu menyediakan sebanyak 1478 trilion kwh, dan saat ini telah di lakukan persiapan untuk membina PLTA terbesar di dunia yang di rancang sudah boleh di gunakan pada tahun 2009.




Faktor makanan turut menjadi isu penting. Ikan merupakan makanan bagi orang China. Sebagaimana kita ketahui bahwa di dalam ikan terdapat unsur-unsur yang sangat membantu  otak diantaranya adalah protein. Cara penyajiannya pun tidak dengan dimasak matang. Ikan yang sudah ditangkap hanya diberikan bumbu yang ditaburkan di sisi ikan tersebut, Sehingga kandungan protein di dalam ikan tersebut tidak hilang. Selain ikan, masyarakat China juga banyak menghidangkan sayuran hijau. Dengan ini menjadikan rakyat China mempunyai otak yang cemerlang. Faktor pendidikan pula menjelaskan bahawa seorang ayah akan mengambil keputusan pakah bidang yang anak mereka perlu ikut. Hal ini ditentukan dari bakat anak. Jika anak lebih condong ke pendidikan maka sang ayah tidak teragak-agak untuk menyekolahkan anaknya hingga ke peringkat sekolah tinggi. Namun jika  anak tidak berminat untuk belajar,  maka  ayah akan mengajar anak mereka mengenai perniagaan. Begitulah cara orang China mendidik anak mereka.


Apa yang menarik disini, rakyat Negara cina mengamalkan amalan sedekah. Dengan harapan  keuntungan terus bertambah, sebahagian keuntungan perlu diperuntukkan bagi mereka yang memerlukan. Orang cina mempercayai bahawa derma yang disalurkan kepada orang miskin, institusi pendidikan, organisasi sosial, , golongan kurang upaya dan pelajar-pelajar yang tidak mampu bukan saja merupakan amalan l yang baik, tetapi mereka juga akan mendapat berkat. Keuntungan berderma mungkin bukan dalam bentuk material,melainkan nama baik, dan budi pekerti yang sentiasa akan dikenang.

Hasilnyal, China berjaya dengan adanya usaha yang keras dari setiap diri individu,. Sehingga China boleh menjadi negara yang berjaya dan berkembang. Maka benarlah apa-apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW "tuntutlah ilmu sampai di negeri China", semua itu terbukti dengan kejayaan China pada zaman dahulu hingga sekarang


2 comments:

  1. assalam alaik... nice blog to share. tapi warna highlight terlalu kontra..sedikit menyukarkan pembacaan. ape2 pun suka blog ni. "tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina

    ReplyDelete
  2. salam.tq silent writer.thanks for your comment. same2 la kita menuntut ilmu smpai ke nagara China.

    ReplyDelete