Sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, ekonomi China telah berkembng agak pesat. Lebih-lebih sejak dasar pembaharuan dan buka pintu dijalankan pada tahun 1978, ekonomi China berkembang maju secara berterusan dan sihat dengan kelajuan lebih 9% setiap tahun. Pada tahun 2003, Keluaran Dalam Negara Kasar China sebanyak 140 bilion dolar Amerika, jumlah keseluruhan ekonomi di belakang Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Britain dan Ferancis, menduduki tempat ke-6 di dunia. Sehingga hujung tahun 2003, KDNK perkapita China sudah melebihi 1000 dolar Amerika.
Pada masa ini, keadaan pelaburan dan penggunaan di dalam negara China sangat baik. Pada tahun 2003, pelaburan aset tetap seluruh masyarakat China sebanyak 550 bilion Yuan Renminbi. Jumlah jualan runcit barang konsumsi seluruh masyarakat mencatat hampir 460 bilion Yuan Renminbi. Jumlah perdagangan dengan luar berjumlah lebih 85 bilion dolar Amerika, melebihi Britain dan Ferancis dan hanya di belakang Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun, menduduki tempat ke-4 di dunia. Setakat hujung tahun 2003, rizab wang asing China sudah melebihi 40 bilion dolar Amerika, hanya di belakang Jepun dan menduduki tempat ke-2 di dunia.
Melalui pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu dan pembangunan modenisasi selama lebih 20 tahun, China telah menyelesaikan pada asasnya perubahan dari ekonomi perancangan kepada ekonomi pasaran sosialisme, sistem ekonomi pasaran sosialisme didirikan dan disempurnakan selangkah demi selangkah. Sehubungan itu, peraturan dan undang-undang China juga disempurnakan terus, taraf buka pintu di pasar kian hari kian besar dan suasana pelaburan diperbaiki terus, pembaharuan sistem kewangan berkembang secara stabil, kesemua itu telah menyediakan jaminan yang dapat terjamin bagi perkembangan ekonomi China.
Setelah memasuki abad baru, China telah mengemukakan lebih lanjut konsep pengembangan secara menyeluruh dan selaras antara manusia dengan alam, manusia dengan masyarakat, bandar dengan kampung, bahagian timur dengan bahagian barat, dan ekonomi dengan masyarakat. Pada tahun 2002, Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China telah mengemukakan matlamat berjuang untuk membangun secara menyeluruh masyarakat kaya pada tahun 2020.
memang tidak dapat dinafikan bahawa negara China merupakan sebuah negara yang berkembang dalam sektor ekonomi khusunya. Ianya disebabkan oleh sistem pengurusannya yang bersistematik dan teratur sehinggakan mampu menjadi salah satu negara Asia yang maju.
ReplyDeletesalam dan selmt dtg.tq for your comment..em memang btol negara China merupakan sebuah negara maju. banyak negara telah menjadikan negara China sumber inspirasi mereka dalam membangunkan pentadbiran negara.
ReplyDelete